Projek ‘Green Xchange H20’, aktiviti pembersihan dalam laut

fdfd9c529575afef68c5dd1ae8572f27_M

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah semasa majlis penyerahan replika cek sumbangan HSBC Brunei. (Foto: Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

SERASA, Ahad, 11 Mei. – Persatuan Pendekatan Masyarakat dan Latihan (The Society for Community Outreach and Training – SCOT)   mengadakan Majlis Pelancaran Projek ‘Green Xchange H20’, bertempat di Kompleks Sukan Air Serasa, Kampung Serasa, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran projek berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Juga hadir ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke negara ini, Tuan Yang Terutama Daniel Shields; Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Malik bin Haji Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Brunei, Todd Wilcox; Pengarah Urusan, Poni Diver, Wong Thye Sing; Pengasas Perambatan Karang, Awang Anuar Abdullah dan jemputan-jemputan khas yang lain.

Sementara itu, Pengurus Projek berkenaan, Awang Mohamad Nur Isman bin Abu Bakar dalam kata alu-aluannya menjelaskan, projek tersebut bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti pembersihan di dalam laut sepanjang kawasan tempat menyelam di Negara Brunei Darussalam dan pada masa yang sama menjalankan program pemulihan karang.

Awang Mohamad Nur Isman menambah, tempoh program dijalankan selama tujuh bulan bermula pada bulan April lepas dan akan berakhir November 2014 ini.

Seramai 20 peserta terlibat dalam program ini terdiri daripada lima peserta dari Hongkong and Shanghai Bank Corporation (HSBC), selaku penaja utama program berkenaan, 10 peserta perseorangan dan lima lagi dari SCOT.

Projek ‘Green Xchange H20’ diadakan sebanyak tiga fasa merangkumi pelbagai aktiviti termasuk kursus ‘Open PADI (Professional Association of Diving Instructors) Certification’; ‘Description Ocean Coral’ dan ‘Sea Diving’

Pada majlis itu tetamu kehormat juga menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta kursus ‘Open PADI Certification’.

 


Source: Pelita Brunei

Author: Dk Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Published Date: Wednesday, May 14th, 2014 at 05:34 PM

Leave a Reply

Close Menu