Amal Nissyah menerima Anugerah Kehormat SCOT

Amal Nissyah menerima Anugerah Kehormat SCOT

agm1-copy

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 November. – Amal Nissyah binti Haji Abdul Mulok terpilih sebagai penerima Anugerah Kehormat The Society for Community Outreach & Training (SCOT) pada tahun ini.

Amal Nissyah menerima wang tunai sebanyak BND500 berserta sijil dan sebuah plak.

agm2-copy

Ini merupakan tahun ketiga SCOT menyampaikan Anugerah Kehormat tersebut kepada seorang ahlinya yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek bagi beberapa kriteria.

Ciri-ciri pencapaian itu adalah sangat wajar untuk diteladani serta bermanfaat bukan sahaja kepada ahli dan persatuan malah juga bagi kemajuan negara ke arah melahirkan lebih banyak pemimpin belia dan mempunyai sifat amanah, gigih, semangat setia kawan serta boleh menjadi ‘role model’ kepada SCOT yang lain.

agm3-copy

Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof pada Mesyuarat Agung Tahunan SCOT 2016 dan Penyampaian Anugerah Kehormat SCOT 2016 di Dewan Mesyuarat Attaufik, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

agm4-copy

Anugerah tersebut khas diberikan kepada ahli yang berwibawa yang terpilih oleh ahli jawatankuasa SCOT sebagai penghargaan di atas jasa-jasa dan komitmen belia kepada persatuan dan masyarakat awam secara keseluruhannya sepanjang tahun 2015.

Yang Berhormat Menteri turut menyampaikan ‘Certificate of Aspiration 2016’ kepada ahli-ahli SCOT yang telah mempamerkan kemahiran dalam kepimpinan dari segi idea dan innovasi dalam mengungkayahkan projek-projek baru bagi persatuan ini.

Empat orang penerima itu terdiri dari Pengarah Pendidikan SCOT, Siti Noraspadiyah binti Haji Mohd. Sah; Presiden SCOT, Md. Hazimi bin Haji Jaidi; Pengurus Projek SCOT, Iradah binti Ali dan Pengurus Projek GX h20 SCOT, Muhammad Isman bin Abu Bakar.

agm5-copy

Terdahulu, Pengerusi SCOT, Awang Mohamad Anwar bin Awang Mohammad dalam ucapan alu-aluannya berkata tahun 2016 merupakan satu tahun yang amat bermakna kepada persatuan ini yang mana baru baru ini, Projek Green Xchange telah pun dianugerahkan dengan Anugerah Projek Cemerlang Untuk Persatuan Belia 2016 yang telah dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

“Pada bulan September, Persatuan SCOT juga telah dianugerahkan dengan Ten Accomplished Youth Organization atau TAYO Awards yang telah berlangsung di Siem Riep, Kemboja..

Pada tahun ini, sebuah projek baru telah diasaskan dan diketuai oleh Presiden SCOT, Hazimi Jaidi iaitu ‘Youth Against Poverty workshop’ yang mana ia merupakan satu projek bengkel dikhususkan kepada belia-belia Brunei untuk membuka minda mereka tentang keadaan kemiskinan di negara ini dan seterusnya memberi platform bagi mereka untuk menerajui projek-projek yang disasarkan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan,” terang beliau.

agm6-copy

Majlis diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Presiden SCOT, Hazimi Jaidi dan Pengarah Pendidikan SCOT, Siti Noraspadiyah binti Haji Mohd. Sah yang antara lain menyentuh mengenai objektif utama dan skop projek fasa pertama dan kedua SCOT Education 2016 selain cabaran yang mereka hadapi sepanjang berlangsungnya projek tersebut.

Pengarah Pendidikan SCOT, Siti Noraspadiyah binti Haji Mohd. Sah yang merupakan salah seorang penerima ‘Certificate of Aspiration’ ketika ditemui menjelaskan berkat doa keluarga dan ahli-ahli SCOT, beliau diberi peluang untuk menjalankan satu projek yang amat bermakna yang mana projek SCOT Education adalah salah satu projek utama bagi persatuan ini.

agm7-copy

Projek ini tegasnya, tidak akan maju tanpa adanya guru-guru sukarelawan SCOT yang bekerja keras sepanjang tujuh bulan projek ini dijalankan.

“Penghargaan yang saya terima ini adalah kejayaan yang dikongsi dengan semua guru-guru sukarelawan SCOT yang mengajar saya erti kepercayaan dalam membuat kerja secara berkumpulan,” tambah beliau.

 


Source: Pelita Brunei

Author: Aimi Sani / Foto: Azmah Haji Ahad

Published Date: Sunday, November 6th, 2016

Leave a Reply

Close Menu